Jam 8a.m aku sampai sudah ada empat orang pesakit lebih awal tiba ...dan terpaksa menunggu..Bomo perempuan berusia hampir 90 tahun dibantu anak perempuannya .....
Sambil menunggu giliran ..terdengar percakapan waris yang menunggu dirawat..beliau berasal dari Kubang Krian pernah datang sebelum ini untuk dapatkan rawatan ibu yang sakit jantong...alhamdulilah ibunya dah sembuh dan tidak perlu pembedahan!!!!!!!..terdiam saya antara percaya dan tidak ...BERSERAH
Tiba giliran saya....berbaring dan sambil dijampi serampah oleh BOMO dan hampir setengah rawaytan siap dan saya dikehendaki mendapatkan pokok Dukong Anak dicampor dengan susu kambing sekurang-kurang 60 puloh botol...diminum setiap hari!!!!
Sebelum ini hendak diceritakan sedikit pengalaman saya ketika melakukan endoscope dihospital.Wayer panjang dimasukkan kedalam mulut...tidak sakit tapi kalau tidak dilakukan hati-hati ia agak menyakitkan!!!!
Tapi saya selalu berdoa agar ianya tidak dilakukan olehkan Dr Asiah....kenapa ? mungkin agak kasar. !! maaf Dr Asiah....sudah enam kali saya melakukan proses ini dan orang kampong memanggilnya SULOH!! dan untuk temujanji yang akan datang ialah bulan tujuh 2012 ini ..saya harap perkembangan akan jadi positif setelah mendapat rawatan dari bomo ini meskipun tidak berharap satu peratus...mana tau mungkin ada KEAJAIABAN...
hari ini meminum susu kambing dan airrebusan dukong anak pahi sekali...
Untuk bahagian luaran pula bahan nya ialah pokok taik babi...mana nak cari inilah dalam hidup mendengar
nama pokok ini....cuba google imej untuk dapatkan gambarannya.
Rumput gelang sambal
pokok tahi babi
Untuk pengetahuan pembaca ini adalah hari ketiga selepas rawatan bomo...masih tiada apa-apa perubahan
ketara...mungkin ambil masa..
hari ini akan keKedai Buloh untuk mendapatkan susu kambing tapi pokok tahi babi masih sukar untuk mendapatkannya..merasa sedikit sihat....tapi perlu kehospital mendapat keputusan klinikal darah...dan ultrasound pada 7..7.2012 ..sekiranya ujian mengesahkan bertambah baik bererti BOMO MEKYAM ini benar-benar hebat!!1
Mungkin pembaca tertanya-tanya berapakah bayaran yang dikenakan untuk satu sessi rawatan..terpulang kapada pesakit biasanya antara RM 20 hingga RM 50
POKOK KETAM GURI



saya tertanya2... bagaimana keberkesanan dgn rawatan bomo mek yang?
ReplyDeletepas away dah tuan tanah ni rasanya....Diam jer
ReplyDelete